Lapan pasangan dirai dalam satu majlis perkahwinan serentak di Masjid Al-Ehsan Kampung Temonyong semalam. - Foto Bernama |
LANGKAWI - Lapan pasangan diijab kabulkan sebagai suami isteri dalam satu majlis perkahwinan beramai-ramai di Masjid Al-Ehsan Kampung Temonyong di sini, semalam.
Dianjurkan jawatankuasa kariah masjid berkenaan, pasangan-pasangan itu menjalani majlis akad nikah dan kenduri kahwin secara bersama dan dihadiri kira-kira 500 orang jemputan.
Imam Masjid Al-Ehsan, Mohd Shazuri Saad berkata ini merupakan kali pertama majlis perkahwinan secara beramai-ramai diadakan dengan tujuan untuk meringankan beban belanja keluarga terlibat jika dilaksanakan secara individu.
"Perbelanjaan kenduri ditanggung sepenuhnya oleh jawatankuasa kariah masjid dan melihat kepada kejayaan hari ini, saya rasa boleh kita jadikan sebagai acara tahunan," katanya ketika ditemui pemberita di majlis itu.
Pengantin-pengantin itu terdiri dari Muhammad Aidilfitri Abd Halim dan pasangannya Siti Nurfitrah Mofftar; Mohamad Yusri Zan dan Siti Syazwani Sa'adat; Mohamad Azizan Bahari dan Noor Hamizah Halim; Mohd Nasrun Afendi Ali dan Siti Aishah Marjani; Mohd Khairol Suberi dan Nur Ika Natasya Ahmad; Muhamad Shah Yahaya dan Norhashikin Hassan; Muhammad Shafiq Abdul Karim dan Nur Hasliza Rosli; dan Roslan Bahari dan Sharifah Hasnor Mat Rejab. - Bernama