ALOR SETAR – Lebih 57,000 petani di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) disaran menggunakan kaedah ‘tabur terus kering’ bagi penanaman padi musim 1/2017 jika paras air di tiga empangan utama terus merosot akibat fenomena El-Nino.
Pengerusi MADA, Datuk Othman Aziz berkata sehingga Khamis lalu, jumlah takungan air di ketiga-tiga empangan iaitu empangan Muda, Pedu dan Ahing adalah sebanyak 49.16 peratus atau 741.54 juta meter padu.
Ini berbanding takungan pada tarikh yang sama tahun lalu sebanyak 1,405 juta meter padu, katanya.
“Keadaan ini boleh menyusutkan hasil padi sehingga 15 peratus,” katanya di ibu pejabat MADA di sini kelmarin.
Justeru katanya, melalui kaedah tabur terus kering, bekalan air hanya diberi sebagai pengairan sokongan dari air pengairan, dan penggantungan kepada air hujan untuk mengairi sawah.
“Sehubungan itu MADA akan menetapkan jadual tanaman padi musim 1/2017 yang bersesuaian dengan ramalan turunan hujan,” katanya.
Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, situasi itu bukanlah pertama kali sebaliknya pernah berlaku sebanyak lima musim sejak penubuhan MADA iaitu tahun 1978, 1987, 1991, 1992 dan 1993.
Dalam pada itu, Othman menyeru agar para petani mengambil berat isu kualiti padi bagi mengelak berlaku pemotongan nilai padi yang tinggi.
“Petani hendaklah memastikan petak sawah dikeringkan seminggu lebih awal sebelum aktiviti penuaian dan memastikan kadar kemasakan padi berada lebih 85 peratus,” katanya.
Berdasarkan rekod, kadar potongan padi bagi musim 1/2016 ialah antara 20 hingga 28 peratus manakala potongan musim 2/2016 sehingga 26 Dis ini turun sedikit antara 20 hingga 25 peratus. – BERNAMA