Anak Menabung Selama 10 Tahun Untuk Beli BMW Buat Ibu


SELEPAS 10 tahun menabung, akhirnya dua beradik telah berjaya membeli hadiah untuk ibu mereka, iaitu kereta idamannya, BMW.

Daniel dan Jason Knust, dari Wollongong, selatan Sydney, menyembunyikan BMW tersebut di dalam garaj rumah mereka sebelum mengejutkan ibunya dengan hadiah berkenaan.

Ia merupakan tanda penghargaan dua beradik itu kepada ibu mereka yang telah berkorban untuk keluarga selama ini.

“Sedikit hadiah untuk menunjukkan betapa kami menghargai apa yang dilakukan beliau terhadap saya dan Jason.

“Saya mahu melakukan ini selama 10 tahun dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan.


“Kerja keras kami berbaloi, iaitu sesuatu yang diajar oleh ibu kepada kami sejak kecil. Ia tidak akan dilupakan,’’ kata Daniel yang memuatnaik gambar dan video ketika mereka mengejutkan ibu mereka dengan hadiah mewah tersebut di dalam instagram.

Ternyata hadiah itu telah mengejutkan ibu mereka, yang tidak menyangka akan mendapat kereta daripada anak-anak kesayangannya. –Kedahnews.com