AKU terbaca artikel yang sedang viral sekarang iaitu berkenaan coklat jenama DAIM dan TOBLERONE yang tidak mempunyai sijil halal dari Jakim. Paling best, ada orang kata taukeh coklat DAIM tu tak lain dan tak bukan bekas Menteri Kewangan sendiri, Tun Daim Zainuddin.
Nak tergelak pun ada juga, takkanlah mentang-mentang coklat tu nama DAIM maka ownernya pun nama Daim juga. Tapi takpelah. Yang aku nak cerita ni bukan pasal coklat DAIM tetapi pasal Tun Daim sendiri.
Andaikata betullah owner coklat DAIM itu adalah Tun Daim, rasanya itu benda kecik je. Ni yang lebih 'dahsyat' aku nak cerita.
Tak lama dulu, aku pernah dihantar untuk membuat liputan di beberapa buah negara di Afrika. Antaranya di Tanzania.
Ibu negara Tanzania ini adalah Dar Es Salam. Kebetulan ketika di sana, aku ada urusan sikit dengan sebuah bank kat bandar itu. Bank itu sangat dikenali di sana dan antara bank terkemuka di Tanzania. Sebaik saja aku masuk ke bank tersebut, korang tahu apa yang aku nampak?
Aku nampak potret Tun Daim ‘sebesar-besar alam’ tergantung kat dalam bank tersebut! Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Tun Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Tun Daim?
Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang ‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)
Sebaik saja selesai urusan, aku terus bersembang dengan salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu?
" For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin!," kata pegawai itu.
Sah. Confirm. Rupa-rupanya hampir 8,000 kilometer dari Kuala Lumpur, Tun Daim memiliki sebuah bank di Tanzania dan aku difahamkan jumlahnya bukan sedikit.
Mak datuk, tak pernah terfikir aku ada orang kita yang memiliki bank sampai di Afrika broooo!
Dan ini paling best, beberapa tahun lepas, aku berkesempatan menemubual Tun Daim di pejabatnya di pinggir bandar Kuala Lumpur. Aku saja 'korek-korek' mengenai pengalaman yang aku lalui itu. Itu pun puas susun ayat, manalah tahu kot-kot dia marah ke apa ke bila aku bagitahu yang aku tahu dia ada bank kat Tanzania.
Ko tahu apa dia jawab?
" Oh awak dah sampai sana ke. Ada lagi ka depa gantung gambar saya?, " tanya Tun Daim.
Oh my God. Maknanya sahih dan betullah bank yang aku masuk kat Tanzania tu Tun Daim yang punya. Gila kaya beb...
So kalau korang ingat coklat DAIM tu Tun Daim yang punya, aku rasa korang salah. Apa barang dia jual coklat bang oi....matila nak....
Oleh: Syahril A. Kadir