"Asal Pink Ja Molly, Asal I Ja Pink.." - Cik Molly


SEORANG gadis muda mencuri perhatian pengguna media sosial ekoran sehingga menjadi tular ekoran tindakannya mewarnakkan kesemua kereta yang dimiliki dengan warna merah jambu.

Gadis tersebut, Noor Shafarina Safiee atau lebih popular dengan panggilan Cik Molly cukup gilakan warna merah jambu dan beberapa keping fotonya bersama kereta yang dicat dengan warna ‘pink’ itu menjadi bualan netizen.


Menurut Molly, dia memang cukup menggilai dengan warna merah jambu dan tidak kisah dilabel sebagai apa sahaja oleh netizen.

“Dah tak peduli apa orang kata… asal pink ja Molly, asal I ja pink… hahaha nak buat lagu mana, setiap orang minat tak sama… buat jelah apa yang kita suka betoi dak?


“Ada orang mini beli handbag mahai-mahai, tapi kak Molly tak! macam mana pun tetap suka tengok orang yang ada minat benda unik-unik,” tulisnya dalam kapsyen pada gambar-gambar tersebut.


Menurutnya lagi, setiap kali dia melihat warna merah jambu, hatinya terus terpaut dan dia akan terus membeli barang-barang tersebut biarpun mungkin tidak akan menggunakannya selepas itu.

Rata-rata netizen memuji tindakan Molly dan menganggap tiada salahnya berhabis duit demi minat asalkan ia tidak keterlaluan. – Kedahnews.com