Beg "Nasi Lemak Daun Pisang" Hermes Dibahan Netizen Malaysia


SELEPAS beg keluaran jenama Balenciaga menjadi bahan jenaka dala kalangan rakyat Malaysia gara-gara rekaannya tidak ubah seperti beg toto.

Netizen Malaysia kemudian ‘dihiburkan’ lagi dengan beg pereka fesyen antarabangsa menyerupai karpet alas kaki.


Bagaikan suatu trend, kali ini jenama mewah terkenal, Hermes pula menjadi bualan apabila beg klucnya disifatkan meyerupai nasi lemak.

Pasti ramai yang tidak sangka bukan, makanan sarapan favourite rakyat negara ini bakal menjadi sumber inspirasi untuk diketengahkan ke peringkat fesyen antarabangsa.


Pun begitu, ada juga netizen yang mempertawakan rekaan yang disifatkan ‘luar biasa’ ini.

Nampaknya, pereka fesyen dunia kini banyak menjadi apa yang ada di negara Asia sebagai inspirasi untuk dibawa dalam seni reka fesyen.


Difahamkan, selain beg ala nasi lemak ini, penciptanya Jean-Paul turut mereka beberapa beg tangan yang lain berasaskan rekaan sumber alam seperti daun. – Kedahnews.com