JOHOR BAHRU – Harga kelapa dan santan dijangka naik manakala pengguna digalak menggunakan santan dalam tin atau paket bagi mengelak mereka membayar lebih untuk produk tersebut.
Ia susulan harga kelapa dan santan naik masing-masing sebanyak 30 peratus dan 40 peratus sejak November malah ia dijangka meningkat berikutan permintaan yang tinggi dari China dan Thailand.
Lebih memburukkan lagi keadaan, pembekal dari Indonesia pula bertindak mengurangkan bekalan ke Malaysia kerana China sanggup menawarkan harga yang lebih tinggi.
Malaysia mengimport kira-kira 10 juta hingga 11 juta biji kelapa dari Indonesia setiap bulan pada harga RM900 satu tan.
“Tetapi sekarang bekalan kelapa ke Malaysia berkurangan kepada lapan juta manakala harga naik kepada RM1,100 satu tan pada November,” kata Pegawai Penerangan Pasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) , Fakhrul Anwar.
Beliau berkata sehingga 15 Disember lalu, harga kelapa meningkat kepada RM1,300 satu tan.
Fakhrul mengiringi Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Mohamad Mokhtar Yeop untuk melakukan pemantauan harga di sebuah pasar raya besar di Tampoi.
Beliau berkata harga kelapa naik secara mendadak dari RM2 kepada RM2.50 sebiji manakala bagi santan pula, harga meningkat kepada RM9 kepada RM9.50 sekilogram berbanding RM8 pada Oktober lalu.
Katanya, harga kelapa dijangka naik lagi pada tahun hadapan.
Selain kelapa, Fakhrul berkata barangan seperti kubis, cili merah, kacang panjang dan sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung, kailan dan sawi turut naik kira-kira 15% dan 20%.
“Kes ini kebiasaannya berlaku pada hujung tahun kerana pengeluaran di ladang pada musim hujan amat rendah,” katanya.
Sumber: mStar