Ashlynd Howell telah membeli 13 patung Pokemon bernilai AS$250 di Amazon dengan mengakses masuk iPhone menggunakan cap jari ibunya yang sedang tidur. -foto; DailyMail |
ARKANSAS - Seorang budak perempuan berusia enam tahun mengakses masuk iPhone ibunya dengan cara mengambil cap jari ketika ibunya itu sedang tidur.
Dia telah membeli patung Pokemon untuk Hari Krismas bernilai AS$250 (RM1,120) di laman Amazon.
Menurut Wall Street Journal, Bethany Howell yang keletihan telah tertidur di sofa, manakala anak perempuannya Ashlynd sedang bermain dekat dengannya.
Pada hari berikutnya, Howell terkejut apabila mendapati terdapat 13 pengesahan pesanan untuk hadiah permainan Pokemon dan pada mulanya menyangka seseorang telah menggodam akaunnya.
Dia akhirnya mendapat tahu bahawa anak kecilnya, Ashlynd yang bertanggungjawab.
"Telefon saya diletakkan atas meja kopi di sebelah sofa. Ashlynd mengambilnya dan menggunakan ibu jari saya untuk membuka telefon itu," katanya kepada Daily Mail.
Gadis itu dilaporkan memberitahu ibunya: "Tidak ibu, saya hanya membeli-belah. Tetapi jangan bimbang, semua yang saya pesan akan dihantar terus ke rumah."
Howell berkata Ashlynd 'benar-benar berbangga dengan dirinya'.
Bercakap kepada Daily Mail, Howell berkata dia sendiri tidak tahu bahawa anak perempuannya itu tahu tentang kewujudan dan fungsi Amazon.
Ashlynd sebelum ini telah menggunakan telefon itu untuk menonton video di YouTube.
Dia tahu bahawa Ashlynd dapat membuat pembelian itu kerana butir-butir kad kredit dan alamat sudah disimpan ke dalam sistem yang mempunyai ciri-ciri pengisian automatik.
Amazon dilaporkan hanya membenarkan Howell memulangkan empat daripada barang yang ditempah.
Dia kemudian memberitahu perkara itu kepada Ashlynd bahawa dia tidak akan menerima semua mainan yang ditempahnya.
"Santa telah mengetahuinya dan ini adalah apa yang Santa akan bawakan kepada anda untuk Krismas." - The Straits Times/Asia News Network