GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Selasa menggesa penggunaan cecair nitrogen dalam makanan diharamkan kerana boleh membahayakan pengguna yang tidak menyedarinya, terutama kanak-kanak.
Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hassim berkata cecair nitrogen adalah bendalir kriogenik yang boleh menyebabkan melecur jika tidak dikendalikan dengan betul, terutamanya dalam keadaan pekat.
"Penggunaannya tidak boleh dengan secara sewenang-wenang oleh penjual makanan yang tidak mengetahui bagaimana untuk mengendalikan cecair kriogenik ini," katanya ketika ditanya mengenai penggunaan nitrogen cecair di dalam makanan.
Sebelum ini dilaporkan Mohd Aiman Mohd Ridwan, 15, dari Kedah yang melecur dan melepuh pada tapak tangannya selepas memegang biskut Dragon Breath minggu lepas.
Hatijah berkata CAP menerima beberapa aduan mengenai penggunaan cecair nitrogen dalam biskut dan menggesa kerajaan segera menarik balik produk ini daripada pasaran sebelum ia membahayakan lebih ramai orang.
"Orang ramai khususnya kanak-kanak akan tertarik kepada trend baharu makanan ini, maka penjualan barangan makanan ini perlu dihentikan sebelum lebih banyak kes berlaku kerana cecair nitrogen tidak sesuai dijadikan campuran bahan makanan," katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan perlu memastikan ia meruap sepenuhnya sebelum dijual bagi mengelak melecur atau radang dingin (frostbite).
Beliau menjelaskan cecair itu perlu digunakan pada tahap bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.
"Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal dalam produk makanan siap," katanya. - BERNAMA