Keadaan suspek cedera teruk di bahagian kepala dan muka selepas dibelasah orang ramai. - Sumber foto dari Facebook |
JOHOR BAHRU – Tindakan seorang juruadit yang merakam video bahagian punggung seorang gadis bawah umur mengundang padah apabila dia cedera dibelasah orang ramai ketika cuba melarikan diri berdekatan KSL City Mall, di sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, suspek berumur 27 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh itu menggunakan telefon bimbit sebelum kejadian tersebut disedari seorang rakan mangsa.
“Rakan mangsa yang menyedari kejadian tersebut telah menegur suspek. Namun, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri. Tetapi, orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu berjaya menangkapnya.
“Suspek telah dipukul oleh orang ramai dan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan muka. Suspek telah ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk menerima rawatan.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang. Sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali ,” katanya kepada Sinar Harian.
Justeru, Sulaiman menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan kekerasan yang melampau dengan sewenang-wenangnya ketika membuat tangkapan.
“Polis mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai membantu membuat tangkapan. Bagaimanapun, orang awam tidak boleh meletakkan undang-undang ditangan sendiri dengan memukul mangsa.
“Ini kerana sepatutnya mangsa atau tangkapan hendaklah diserah kepada pihak polis untuk siasatan. Sekiranya dalam siasatan, dapat membuktikan ada individu yang bertanggungjawab menggunakan kekerasan yang melampau, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda atau dengan sebab atau dua daripada hukuman berkenaan.
“Dalam melakukan tangkapan, orang ramai dinasihat tidak mengambil tindakan mengikut perasaan dan melampaui batasan. Tangkapan yang dibuat oleh orang awam hendaklah diserah kepada pihak polis.
“Pihak polis akan menyiasat dengan telus dan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan,” katanya.
Terdahulu, tindakan gambar suspek yang dipukul orang ramai telah diviralkan di laman sosial Facebook serta mengundang pelbagai komen dari nitizen.
Sumber: Sinar Harian