Abdullah menunjukkan bahagian hadapan keretanya |
YAN - Seorang peniaga nasi lemak ‘patah kaki’ apabila tidak boleh berniaga ekoran kereta miliknya musnah terbakar di dalam satu kejadian khianat di Kampung Banggol Lalang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 1.30 pagi itu, Ahmad Abdullah Abdul Rahman, 46, dan ahli keluarga yang lain sedang tidur.
Menurut Abdullah, anak saudaranya Afendi Nor Azwan, 17, yang tidur di ruang tamu terhidu bau asap lalu membuka pintu rumah dan terkejut melihat kereta miliknya terbakar.
“Afendi terus kejutkan saya dan saya bergegas ke luar rumah. Tanpa fikir panjang saya terus menggapai wayar paip air dan memadamkan api.
“Alhamdulillah api berjaya dipadamkan dalam masa 10 minit,” katanya.
Kereta jenis pacuan empat roda D-max milik Abdullah itu musnah sepenuhnya di bahagian hadapan.
“Akibat rosak teruk di bahagian hadapan saya tidak berani untuk cuba hidupkan enjin.
“Saya buntu fikirkan cara untuk saya keluar berniaga nasi lemak di tepi jalan memandangkan kereta saya tidak dapat digunakan,” jelasnya.
Tambah Abdullah, dia perlu menyara enam orang anak yang masih bersekolah.
“Saya tak sangka wujudnya manusia yang sanggup susahkan kehidupan orang lain.
“Saya berharap orang yang melakukan perbuatan ini mendapat hukuman sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kuala Muda, Asisten Komisioner, Md Zuker Md Isa mengesahkan pihaknya menerima laporan kes berkenaan.
“Suspek telah pun berjaya ditahan dan dihantar ke hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan kerana difahamkan mengalami masalah mental.
“Bagaimanapun kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat,” katanya.
Sumber: Sinar Harian