Awie dan Amy bersama Setiausaha Persatuan Ibu Tunggal Negeri Kedah, Fatimah Yacob ((dua, kiri). |
KUALA KEDAH - Sebilangan wanita khususnya ibu tunggal didakwa sering kali dibebani masalah kewangan, hakikatnya individu tersebut boleh mengubah kehidupan melalui kemahiran jahitan.
Menyedari situasi itu, dua sahabat karib, Noraini Yaacob, 39, dan Emymusliaty Mustafa, 35, berganding bahu berkongsi ilmu secara percuma melalui Pondok Wakaf Ilmu Jahitan.
Melalui projek itu, dua sahabat yang lebih mesra dengan panggilan Awie Manik dan Emy Mustafa gigih menyebarkan ilmu jahitan secara percuma dan berbayar.
Dalam kunjungan media ke premis Awie Manik di Perniagaan Taman Restu, Batas Paip, di sini, mereka berkongsi kisah kehidupan mereka.
Sedekah ilmu di FB
Menurut Awie, dia dan Amy mengenali antara satu sama lain ketika mereka tinggal berjiran di Pulau Pinang kira-kira 10 tahun lepas.
Kata Awie, mereka berdua memiliki cita-cita dan matlamat sama untuk membantu golongan wanita agar mereka mampu keluar dari kemiskinan dialami.
Justeru itu, katanya, meskipun ini dia di Kedah, manakala Amy di Pulau Pinang, perkara itu bukanlah halangan untuk menjalinkan kerjasama.
“Sudah banyak kali, saya lihat soalan dikemukakan netizen berkaitan jahitan di laman sosial tidak berjawab, sebelum mengambil keputusan untuk menjawab.
“Kemudiannya, Amy mencadangkan agar mereka memberi tunjuk ajar secara on-line sehingga tertubuhnya seni jahitan warisan atau lebih dikenali pondok wakaf ilmu itu,” katanya.
Katanya, matlamat penubuhan adalah demi menyebarkan ilmu secara lebih meluas berpandukan konsep 80 peratus sedekah dan 20 peratus lagi untung.
Percaya pada rezeki
Sementara itu, menurut Amy, dia pula mewarisi ilmu jahitan dari ibunya sendiri sebelum timbul idea untuk memberi pendedahan kepada orang ramai.
Tidak dinafikan, katanya, niat baik mereka berdua memberi ilmu jahitan secara percuma kurang disukai individu tertentu kerana didakwa akan meningkatkan saingan.
Bagaimanapun, katanya, mereka berdua percaya kepada rezeki ALLAH SWT, atas usaha dilakukan sejak beberapa tahun lepas tersebut.
“Alhamdulillah, rezeki kami sentiasa ada apabila tetap menerima tempahan telekung, walaupun makin ramai mahir menjahitnya melalui ilmu diberikan,” katanya.
Kini, katanya, dia yang beroperasi di Bukit Jambul (woksyop jahitan) dan Sungai Nibong (kedai) menjalankan perniagaan jahitan pukal telekung dan menjadi pembekal kepada barangan haji dan umrah.
Malah, kata Amy, dia seronok menerima maklum balas dari orang ramai yang mampu menambah pendapatan selepas berhenti kerja dengan ilmu diperoleh itu.
Buka kelas jahitan
Terdahulu, mereka ditemui dalam Program Satu Hari Ibunda Terunggul disertai kira-kira 30 peserta wanita termasuklah ibu tunggal pada Jumaat lepas.
Dalam program selama lebih tujuh jam bermula jam 8.30 pagi itu, peserta didedahkan asas-asas jahitan baju dan telekung dari dua sahabat baik itu.
Dengan yuran RM30 sahaja, peserta tidak hanya diberi tunjuk ajar menjahit, malah dibekalkan kain pasang dan telekung untuk kegunaan.
“Jikalau diikutkan kita boleh bagi percuma, namun ada tidak serius untuk memahirkan diri mereka berdasarkan pengalaman lampau. Lagipun, wang itu adalah untuk kos makanan dan barang lain, dan ilmu diberi percuma,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, mereka sememangnya tidak mengenakan caj bayaran kepada wanita tidak berkemampuan, namun tekad mengubah hidup.
Malah, katanya, program tidak terhenti di sini, sebaliknya mereka akan menerima bimbingan susulan sehingga mahir menjahit baju mahupun telekung.
Tambah Awie, mereka berdua telah menganjurkan lebih 100 program kemahiran jahitan kepada individu berminat sepanjang tempoh 2016.
Melalui program itu, peserta berpeluang mengasah bakat dan menambah ilmu dalam bidang jahitan, sekali gus mampu menjana pendapatan sendiri melalui kemahiran itu.
Kata beliau, mereka ingin memberi peluang kedua kepada orang awam mengubah kehidupan mereka, sekali gus tidak terlalu bergantung bantuan semata-mata.
Bagi perancangan 2017, Awie dan Amy akan bergerak ke seluruh negara demi menyebar ilmu jahitan kepada orang awam untuk membantu wanita berdikari.
Sokongan keluarga khususnya suami masing-masing, iaitu Almirudin Mohamad, 44, suami kepada Awie, manakala Amy, Mohd Norzaimie Zainol Abidin, 35, membolehkan mereka berjaya dalam bidang diceburi.
Sementara itu, orang awam berpeluang belajar melalui ilmu online diberikan secara percuma di laman sosial mereka, iaitu Noraini Yaacob dan page Awie Manik, serta Amy Mustafa ataupun page miliknya Super Telekung.
Sumber: Sinar Harian