PENONTON Sky Sport yang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Everton dengan Manchester United pada Ahad lalu, bukan hanya menonton pasukan masing-masing bermain, sebaliknya ramai yang `terpana’ melihat kecantikan seorang penonton di situ.
Gadis misteri itu menjadi perhatian tatkala kamera dihalakan ke arahnya. Lebih menghairankan dia tidak memakai jersi United atau Everton, sebaliknya gadis itu memakai jaket pasukan Chelsea.
Wajah gadis itu kemudiannya tersebar menerusi media sosial apabila orang ramai mula memburunya.

Akhirnya identiti gadis itu diketahui dan dia dikenalpasti sebagai Emily Rogawski, dari New York.
Dia telah berpindah ke England dan merupakan peminat fanatik pasukan Chelsea.
“Saya sukakan Chelsea dan saya sukakan bola sepak, Jadi saya tidak akan ketinggalan menyaksikan perlawanan seperti ini apatah lagi apabila tiket hanya £15.
“Sebagai warga Amerika yang menetap di England, ia merupakan satu mimpi apabila dikelilingi bola sepak dan saya akan cuba menyaksikan sebanyak mungkin perlawanan ini,” katanya di dalam Instagram miliknya.
Emily turut mengulas mengenai jersi Chelsea yang dipakainya itu.
“Sesiapa juga yang membenci saya kerana memakai jaket Chelsea, anda boleh membelikan saya kot musim sejuk (kerana) ini satu-satunya yang saya ada,” katanya. – Kedahnews.com