KUALA LUMPUR - Gadis berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Sri Sentosa dipercayai telah keluar untuk menemui rakan-rakannya.
Mangsa ditemui selepas orang ramai yang melihat berita mengenai kehilangan gadis tersebut menghubungi bapanya.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, gadis itu dipercayai telah meninggalkan rumah untuk bertemu dua rakannya di KL Sentral pada Jumaat.
"Dia meninggalkan rumah dengan hanya membawa wang sebanyak RM5 dan apabila sampai KL Sentral, dia menyedari rakan-rakannya tidak datang.
"Mangsa cuba untuk pulang ke rumah tetapi telah menaiki bas yang salah sebelum turun di sebuah restoran restoran makanan segera berhampiran Seksyen 7, Shah Alam, kira-kira pukul 10 malam.
"Dia kemudian terpaksa tidur di sebuah surau di stesen minyak," katanya, sambil menambah terdapat orang ramai yang melihat gambar gadis itu di media sosial telah menghubungi bapanya.
Beliau berkata, gadis itu telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut.
"Gadis itu tidak mempunyai sebarang kecederaan dan dipercayai berada dalam kesihatan baik," katanya.
Sukhpreet Kaur dilaporkan dilihat kali terakhir di luar rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari Jumaat sebelum menghilangkan diri.
Ibunya, Raspar Kaur, 42, berkata Sukhpreet didapati keluar daripada rumah selepas pemeriksaan menerusi CCTV di lakukan.
Keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Petaling pada Sabtu.
Sumber: mStar