|
SEBUAH masjid di Banda Aceh mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi kuat pada awal pagi 7 Disember 2016. - Ihsan Facebook |
ACEH - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan berpuluh-puluh mangsa lagi terperangkap apabila gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan Banda Aceh pada awal pagi Rabu.
Kejadian tersebut turut menyebabkan berpuluh-puluh bangunan runtuh dan sejumlah penduduk dilaporkan cedera, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.
|
Penduduk Aceh melihat kerosakan berpuluh-puluh bangunan yang roboh
akibat gempa kuat di Ulu Glee, Pidie Jaya pada 7 Disember 2016. -
REUTERS |
Pegawai daerah tempatan, Apriadi Achmad berkata, ramai mangsa terperangkap apabila deretan kedai dan rumah runtuh akibat gempa terbabit di daerah Pidie Jaya.
"Jentera berat telah dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap," katanya.
|
Ahli kelurga mangsa yang terbunuh berkumpul selepas gempa kuat melanda daerah Pidie Jaya pada 7 Disember 2016. - AFP |
Sementara itu, pegawai Agensi Pengurus Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho berkata, gegaran yang dirasai amat kuat sehingga menyebabkan orang ramai panik dan berlari keluar ke kawasan lapang.
|
Penduduk Aceh berkumpul di luar sebuah masjid yang rosak akibat gempa kuat di Pidie Jaya, Aceh pada 7 Disember 2016. - AFP |
Imej yang tersebar dalam media sosial juga menunjukkan runtuhan bangunan akibat gempa berkenaan, selain tiang elektrik yang tumbang dan orang ramai berkumpul di jalan.
Sekurang-kurangnya lima gegaran susulan dicatatkan selepas gempa kuat itu.