Gempa Di Aceh: Hampir 100 Mangsa Disahkan Maut


ANGKA terkini menunjukkan hampir 100 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan berpuluh-puluh mangsa lagi terperangkap apabila gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan Banda Aceh pada awal pagi Rabu.

Jumlah kematian meningkat kepada 97 orang pada petang Rabu selepas lebih banyak mayat ditemui, demikian menurut komander tentera Aceh, Mejar Jeneral Tatang Sulaiman.

Sementara itu menurut jurucakap agensi bencana kebangsaan, Sutopo Nugroho, sekurang-kurangnya 73 orang mengalami cedera parah.


Tambah beliau sekurang-kurangnya 125 rumah, 105 kedai-kedai dan 14 buah masjid musnah dalam kejadian itu.

Hospital utama di Pidie Jaya dipenuhi pesakit dengan beberapa mangsa yang cedera terpaksa dirawat di luar bangunan.

Sumber: mStar