TIDAK mahu peminat terus memberi harapan, pelakon Neelofa akhirnya mengakui hubungannya bersama Fattah Amin berada pada tahap ‘sukar’ (complicated) gara-gara wujud orang ketiga.
Pun begitu, Neelofa mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut kerana mahu menjaga hati pihak lain selain menyifatkan dirinya sudah ‘move on’.
Menurutnya, dia mengetahui perihal orang ketiga itu daripada orang sekelilingnya.
“Saya tak nafikan perkara itu, cuma buat masa sekarang tak adil sekiranya saya memberikan kenyataan tanpa kehadiran Fattah.
“Bukan apa, saya tak mahu kenyataan ini nanti melukakan hati pihak lain. Saya sendiri fobia dalam memberikan kenyataan. Dalam perkara ini saya tahu Fattah ada jawapannya.
“Saya pun baru menyedari dan mengetahui perkara ini. Apa saya boleh katakan, cara saya mengetahui hal itu adalah tak bagus. Pendek kata kantoi, tetapi saya tak nak berkongsi keadaan itu.
“Mujur saya jenis yang cepat ‘move on’ dan tidak sesekali berasa kecewa. Saya beranggapan ada hikmah di sebalik semua itu.
“Apa yang jelas, hubungan kami sekarang adalah ‘complicated’ (sukar),” katanya, memetik laporan Harian Metro.
Neelofa memberi kenyataan ini bagi menjawab gosip yang menyatakan Fattah telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon wanita berdarah kacukan.
Jika sebelum ini, masing-masing menafikan hubungan cinta yang terjalin namun kenyataan Neelofa baru-baru ini seolah-olah menjawab segala apa yang berlaku sebelum ini. -Kedahnews.com