PUTRAJAYA – Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara kecuali Sarawak akan ditutup dua hari pada Sabtu dan Ahad ini bersempena sambutan Krismas.
JPN dalam kenyataannya semalam berkata pejabatnya di UTC terlibat akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin.
Pejabat JPN di UTC Negeri Sarawak pula akan ditutup selama tiga hari mulai Sabtu hingga Isnin dan kembali beroperasi seperti biasa pada Selasa.
Sementara itu, kaunter hujung minggu di Ibu Pejabat JPN juga akan ditutup pada Sabtu dan juga akan kembali beroperasi seperti biasa mulai Selasa.
Kaunter terlibat adalah JPN Putrajaya, JPN Negeri Sembilan, JPN Selangor, JPN Pulau Pinang dan JPN Perlis.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau email di pro@jpn.gov.my. – BERNAMA