Ikan Mentah Jadi Pakaian Eksotik Dikritik Gila, Jijik


SEBUT sahaja nama Sarah Louise Bryan, pasti ramai dalam kalangan pereka fesyen mengenali individu wanita ini yang sememangnya tidak asing lagi dalam rekaan berbentuk eksotik atau pelik.

Terdahulu wanita yang berasal dari Wakefield, England ini pernah menjadi sensasi dan tular kerana mereka pakaian daripada gula-gula Skittles dan juga bulu ari-ari.

Terbaharu, Sarah sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila menghasilkan pakaian daripada ikan mentah.

Menurut ibu kepada dua orang anak ini memberitahu dia sendiri hampir muntah semasa menyiapkan rekaan ‘gila’ tersebut, lapor portal Berita Mediacorp memetik Daily Mail.


Jelas wanita itu, rekaan terbaharu yang dihasilkan itu adalah sebagai percubaan mereka sesuatu yang lebih gila berbanding yang pernah dicipta sebelum ini.

“Semua orang menantikan sesuatu yang lebih menjijikkan dan inilah yang paling menjijikkan.

“Apabila saya pulang ke rumah saya tidak dapat menghilangkan bau hanyir dan berasa agak loya sejak itu. Saya rasa saya akan berhenti makan ikan buat sementara waktu.”

PAKAIAN DARIPADA GULA-GULA SKITTLES (KIRI) DAN BULU ARI-ARI (KANAN)
Tambah wanita itu lagi, idea gila itu memerlukan perancangan berbulan-bulan untuk dihasilkan dan berjaya disiapkan dalam masa lima jam menggunakan 100 ekor ikan bawal, ikan kakap, ikan kembung dan sotong yang diperoleh dari kedai di kawasan kejiranannya.

Pakaian itu kini disimpan di dalam bilik beku di kedai berkenaan yang terletak di Ossett, Yorkshire.

Penghasilan pakaian daripada ikan mentah itu merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Sarah untuk memberi kesedaran kepada para nelayan bagi mengelakkan pembaziran makanan atau bahan mentah. –Kedahnews.com