NEW DELHI – Mahkamah Agung India semalam memutuskan semua pawagam perlu memainkan lagu kebangsaan sebelum tayangan filem dan penonton harus berdiri untuk menghormatinya.
Panel Mahkamah Agung berkata, pawagam harus memaparkan bendera kebangsaan pada skrin ketika lagu itu dimainkan yang secara tidak langsung mendorong orang awam untuk berdiri dan memupuk semangat patriotisme.
“Lagu kebangsaan Jana Gana Mana perlu dimainkan dalam dewan pawagam sebelum filem ditayangkan dengan bendera rasmi India dipaparkan pada skrin,” kata peguam, Abhinav Shrivastavaswasta kepada media tempatan.
Stesen antarabangsa BBC melaporkan, seorang penduduk Bhopal, Shyam Narayan Chouksey, yang berusia 77 tahun; memfailkan petisyen di Mahkamah Agung baru-baru ini memohon agar pawagam diwajib memasang lagu tersebut.
Susulan arahan mahkamah, banyak pawagam sudah memainkan lagu berkenaan sebelum tayangan termasuk filem asing, tetapi setakat ini hanya undang-undang negeri Maharashtra di barat India yang langsung mewajibkannya.
Isu sama ada penonton perlu berdiri atau tidak sudah lama menjadi perdebatan. Keputusan pihak mahkamah mendapat kritikan luas, dengan sebilangan besar mendakwa ia adalah satu pelanggaran hak kebebasan awam.
Dianggarkan terdapat kira-kira 13,000 buah pawagam di seluruh India diuruskan rangkaian tempatan iaitu INOX, PVR, SPI Cinemas, Cinepolis dan Big Cinemas yang menayangkan keseluruhan hampir 2,000 judul filem setahun.
Amalan penyiaran lagu kebangsaan yang berdurasi 52 saat tersebut pernah dilakukan pawagam di India pada 1960-an dan 1970-an susulan perang dengan negara jirannya, China ketika itu sebelum diabaikan pada dekad kemudian.
Bagaimanapun ramai pihak mempertikaikan keputusan mahkamah berkenaan sebagai ‘kembali ke belakang’ hingga menyaksikan hashtag #NationalAnthem menjadi antara topik trending dalam kalangan netizen tempatan sendiri.
Pengkritik menyifatkan arahan itu ekoran ketegangan dengan Pakistan pada masa ini yang menyebabkan pawagam negara jirannya itu bertindak memulaukan tayangan semua filem Bollywood. – Agensi