Iqbal pernah mencuba ‘melukiskan’ kebesaran Nabi Muhammad SAW dengan kata-kata:
Sungguh, hati Muslim dipatri cinta nabi
Diakah pangkal mulia
Sumber bangsa kita di dunia
Dia tidur di atas tikar kasar
Sedang umatnya menggoncang takhta Kisra
Inilah pemimpin bermalam-malam terjaga
Di Gua Hira Dia bermalam
Sehingga tegak bangsa, hukum & negara
Kala solat pelupuknya tergenang air mata
Di medan perang pedangnya bersimbah darah
Dibukakan pintu dunia dengan kunci agama
Duhai, belum pernah insan melahirkan
Putera semacam Baginda SAW.
Tanggal 12 Rabiulawal mengingatkan kita akan kelahiran Nabi besar junjungan kita Muhammad SAW. Justeru kita memperingati Maulud Nabi untuk mengungkapkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah SAW yang tercinta.
Kalau ada yang mengatakan bahawa sambutan Maulud Nabi itu perbuatan bidaah, tidak mengapa kerana orang tahu kita ini pelaku bidaah yang mencintai Nabi. Dan kalau Islam itu tidak menghormati Rasulullah SAW, maka layaklah kita untuk menyatakan ucapkan selamat tinggal kepada Islam.
Perayaan yang kita sambut sebagai bukti cinta iaitu kenikmatan menyebut nama orang yang kita cintai. Dalam satu peristiwa setelah Nabi SAW wafat, Bilal tidak mahu lagi mengumandangkan azan. Tetapi setelah didesak oleh orang ramai termasuk Saidina Fatimah akhirnya Bilal kembali melaksanakan tugasnya.
Ketika azan dikumandangkan dan sampai kata “wa asyhadu anna Muhammad...” suara Bilal terhenti. Suaranya tersekat-sekat dan dia menangis sekuat-kuatnya. Nama “Muhammad”, kekasih yang baru saja kembali ke Rabbul Izzati, menggetarkan jantung Bilal.
Bagi Bilal ia berhenti azan kerana nama itu mengingatkan dia kepada kehilangan besar kepada seluruh umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang paling dekat dengan aku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat kepadaku”.
Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang keagungan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW yang menjadi teladan bagi semua peringkat manusia. Baginda adalah sebaik-baik makhluk Tuhan seluruhnya.
Menghayati
Umat Islam dituntut bukan sekadar untuk menghayati ajaran Rasulullah SAW tetapi memantapkan rasa cinta dan penghargaan atas jasa-jasa serta pengorbanannya yang tidak ternilai.
Sehingga Allah SWT dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohonkan maghfirah untuk Nabi SAW serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada Baginda dan keluarganya.
Keluhuran budi Nabi SAW bukan hanya dinyatakan oleh Allah dan diyakini umat Islam, berdasarkan firman Allah yang bermaksud;

“Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia (Al-Quran surah Al-Qalam ayat 4)", tetapi juga diakui oleh kawan dan lawan.
Malah ketika diminta untuk mengutuk, Nabi SAW menjawab:
“Aku bukan diutus sebagai pengutuk, tetapi aku diutus untuk mengajak kepada kebaikan dan penyebar rahmat”.
Tidakkah kita merasa malu kepada Nabi kita dengan sikap kita hari ini yang menjadi makhluk yang berfikiran perosak untuk menggunakan tangan merosakkan bangsa sendiri. Dengan jari-jemari mereka mengolah cerita atau memanjangkan cerita yang boleh merosakan bangsa, menyadurkan fitnah terhadap bangsa sendiri melalui telefon pintar.
Sifat kasih sayang Nabi terhadap sesama makhluk tidak akan ditemui pada seorang manusia pun yang lebih tinggi rasa kasih sayangnya, lemah lembutnya serta perbuatan baiknya kepada makhluk Tuhan.
Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya’. (Surah Al-A’Raaf ayat 158)
Sebahagian ulama tafsir menyimpulkan bahawa Nabi SAW telah meneladani sifat-sifat terpuji para Nabi sebelumnya. Nabi Nuh a.s dikenali sebagai seorang yang gigih dan tabah dalam berdakwah.
Nabi Ibrahim pula terkenal kerana sifat pemurahnya serta tekun bermujahadah mendekatkan diri kepada Allah. Nabi Daud a.s kerana amat kuat rasa syukur dan penghargaan terhadap nikmat Allah.
Manakala Nabi Zakaria a.s., Yahya a.s. dan Isa a.s. adalah nabi yang berupaya menghindar kenikmatan dunia demi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Nabi Yusuf yang begitu tabah menahan cubaan. Nabi Musa yang dikenali seorang nabi yang berani dan tegas.
Demikian seterusnya, dan Nabi Muhammad SAW meneladani semua keistimewaan mereka itu.
Keagungan Nabi SAW menjadikan beliau sebagai teladan yang baik sekali gus sebagai syahid (pembawa berita gembira dan pemberi peringatan). Baginda menziarahi orang-orang sakit, bersama-sama mengiringi jenazah dan memenuhi undangan walaupun daripada seorang kanak-kanak.
Apabila berjabat tangan baginda tidak menarik tangan baginda selagi orang itu tidak melepaskan tangannya. Jika baginda melawati sekumpulan orang, baginda akan sentiasa tersenyum dan akan menyapa dengan penuh kelembutan dan berhikmah.
Kesopanan baginda terhadap orang kebanyakan dan sikap terpuji yang baginda tunjukkan kepada orang yang sombong menyebabkan baginda dihormati dan disanjung tinggi.
Dalam kesibukan baginda memimpin, baginda sentiasa menerima sesiapa pun dengan tangan terbuka dan lapang dada walaupun seorang Badwi yang kasar sifatnya.
Kita memohon kepada Allah agar mengukuhkan keberadaan dan perjalanan hidup kita di jalan Rasulullah SAW, menjadikan kita sebagai pengikut setia baginda, memberi kita kesempatan untuk meneguk air telaga kasihnya dan menghimpunkan kita di bawah panji kemuliaannya.
Sumber: Utusan