PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Lembaga Tabung Haji (TH) bekerjasama dengan dua badan berkaitan Islam dan agensi media melancarkan Tabung Kemanusiaan Acheh bagi membantu mangsa gempa bumi di wilayah itu.
Tabung yang ditubuhkan bersama oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP), Kumpulan Utusan dan TV AlHijrah, khusus bagi membantu mereka yang terlibat dalam tragedi 7 Dis lepas itu dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.
Dalam ucapannya, Jamil Khir berkata penubuhan tabung itu mencerminkan keseriusan kerajaan, agensi dan syarikat korporat di negara ini dalam membantu penduduk di Aceh yang menjadi mangsa kepada bencana tersebut.
Beliau berkata inisiatif itu membuktikan solidariti kerajaan serta rakyat Malaysia membantu ‘jiran serumpun’, bukan hanya atas nama agama tetapi lebih utama ia melibatkan aspek kemanusiaan sejagat.
“Selain menyatukan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap mangsa gempa bumi melalui penyaluran sumbangan, tabung itu juga bertujuan membudayakan amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat serta membolehkan agensi serta syarikat berkaitan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat masing-masing,” katanya.
Sempena pelancaran itu, Jamil Khir menerima sumbangan permulaan sebanyak RM289,360 yang disumbangkan oleh TH; YaPEIM Gold; Koperasi YaPIEM Berhad; Yayasan Taqwa MAIWP; UKM Specialist Hospital dan warga kerja YaPIEM.
Beliau berkata tempoh kutipan sumbangan akan berlangsung dua bulan iaitu sehingga 28 Feb tahun hadapan.
Sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung Bantuan Acheh yang diletakkan di 208 cawangan Ar-Rahnu YaPIEM, 123 cawangan Tabung Haji dan kutipan di masjid serta mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM), katanya.
Mereka yang ingin menyumbang juga boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam bernombor 14023010000082, atas nama Tabung Kebajikan dan Pelajaran YaPIEM.
Gempa bumi selama 10 saat berukuran 6.4 skala Richter yang berlaku pada kira-kira 5 pagi waktu Aceh yang berpusat di Pidie Jaya pada Rabu itu, menyaksikan 102 terkorban selain kerosakan harta awam, bangunan pejabat, masjid dan pusat perniagaan. – BERNAMA