KUALA LUMPUR – “Yang berucap itu pemimpin PAS, kalau pemimpin mereka ok. Kalau yang mereka suka, buatlah macam mana pun akan di “taqdiskan” (disucikan)”
Demikian sindiran Naib Presiden PAS, Idris Ahmad ke atas penyokong Pakatan Harapan yang berang kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk dalam satu pentas dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Solidariti Untuk Etnik Muslim Rohingya kelmarin.
Kata beliau, penyokong Pakatan Harapan terbabit dinasihati supaya memahami dengan kaca mata Islam dan bukannya emosi dengan merujuk kepada Al-Quran, Sunnah, Sirah kerana PAS boleh berada satu pentas dengan UMNO demi Islam.
“Apa masalahnya Presiden PAS hadir himpunan solidariti untuk Rohingya. Ada yang kata munafik kepada PAS. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin.
“Ada yang tafsir ayat “Jangan kamu cenderung dengan kezaliman”. Seolah-olah Abdul Hadi sokong orang zalim. Salah kerana Abdul Hadi duduk sebaris dengan Perdana Menteri nanti akan disambar oleh api neraka. Biarlah orang menilai dengan tulisan mereka. Biarlah orang menilai tafsiran ayat quran mereka. Baru orang tahu tahap ilmu mereka dan dendam kesumat mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Idris seterusnya bertanya kepada penyokong Pakatan Harapan adakah Presiden PAS meminta projek kepada Presiden UMNO dalam ucapannya, adakah beliau membaca ayat Al-Quran yang tidak betul atau adakah Abdul Hadi berucap menyebut fakta yuang tidak betul.
“Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama? Adakah salah Abdul Hadi menggunakan platform himpunan itu membaca ayat Al-Quran di hadapan pemimpin UMNO? Adakah Abdul Hadi minta supaya bangkit menentang syariat Allah,” soalnya lagi. – Kedahnews.com