Kalau Tiada Benda Nak Cakap Pasal Seni, Tak Payahlah Keluar Media - Shiela Majid


JIKA diperhatikan ratu jazz negara, Dato Sheila Majid merupakan salah seorang di antara selebriti tempatan yang cukup menjaga eksklusivitinya.

Menurut Sheila, buat apa dia hendak keluar di dada akhbar sekiranya tiada sebarang berita terbaharu mengenai perkembangan seni untuk dikongsikan bersama peminatnya.

"Saya jarang keluar surat khabar. Sekiranya saya ada benda baru dalam bidang seni baru keluar. Kalau setakat hendak keluar tunjuk baju, cerita anak-anak, saya bukan seperti itu. Saya sangat menghargai kerja seni saya.

"Tapi kalau tiada benda hendak cakap pasal seni, tidak payahlah keluar (media). Untuk saya, buat apa hendak tunjuk beg tangan? Apabila orang tanya ‘kenapa kamu tidak suka publisiti?’, 

"Saya jawab bukan saya tidak suka publisiti, tiada apa hendak dikatakan. Tetapi kalau ada album, ada projek baru, kena dengan kerjaya saya, ya, saya keluar dalam surat khabar," katanya, dipetik dari Malay Mail Online.

Penyanyi ini juga berpendapat seseorang selebriti itu harus memastikan diri mereka mempunyai bakat dan kualiti yang baik sebelum melayakkan nama dan ceritanya ditulis di dada-dada akhbar dan bukanlah popular di atas tiket gosip dan kontroversi semata-mata. –Kedahnews.com