Kedai milik Noor Azah. Gambar kecil: Noor Azah |
PENDANG - Seorang ibu tunggal kini hilang sumber pendapatan apabila kedai runcit peninggalan arwah suaminya yang diusahakan sejak empat tahun lalu musnah dalam kebakaran, awal pagi kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi di Kampung Berjaya, Batu 1, Lubuk Merbau, di sini,
Ketika kejadian, Noor Azah Aziz, 47, sedang tidur di dalam rumah yang terletak di belakang kedai sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dari arah luar rumah.
"Saya bingkas bangun dan mencari arah letupan itu, namun terkejut bila lihat kedai runcit milik saya yang terbakar," katanya.
Menurutnya, dia segera berlari keluar sambil menjerit meminta pertolongan jiran.
"Saya bernasib baik kerana jeritan saya itu didengari beberapa pemuda kampung yang berada di tepi jalan.
"Mereka pun segera datang dan bantu padamkan api," katanya.
Sebaik sahaja menyedari kedai itu terbakar, beberapa jiran terdekat turut membantu memadamkan kebakaran dengan menjirus air sementara menunggu kehadiran jentera bomba.
Noor Azah berkata, kebakaran itu menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM20,000 sekali gus hilang sumber pendapatan untuk menyara diri dan anaknya, Mohd Azri Zulhusni Mohd Razwan, 20, yang belum bekerja.
“Kedai runcit ini sahaja sumber pendapatan harian saya sejak arwah suami masih ada. Saya harap ada pihak sudi menghulur bantuan bagi membolehkan saya membina semula kedai yang musnah dan kembali berniaga,” katanya.
Sementara, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Y. Anbarasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 1.19 pagi dan bergegas ke lokasi bersama seorang pegawai dan 19 anggota.
"Sebaik tiba, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai runcit kelas A terbakar namun api sudah dipadamkan oleh orang awam.
“Bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja pemeriksaan bagi memastikan api padam sepenuhnya. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian