Azmi (depan) membuat pemeriksaan lanjut di stor tersebut. |
ALOR SETAR - Lebih 4600 selipar berjenama disyaki tiruan dirampas dalam serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, di sebuah stor di Jalan Tanjung Bendahara, di sini, semalam.
Berdasarkan aduan pemilik cap dagang jenama itu, 11 penguatkuasa KPDNKK diketuai Ketua Unit Harta Intelek KPDNKK Kedah Azmi Dan membuat operasi bermula jam 2.30 petang.
Menurut Ketua Penguatkuasa KPDNKK Kedah Sharudin Hamzah, hasil pemeriksaan menemui 1500 selipar jenama Nike, manakala 3100 jenama Fipper.
"Melalui pemeriksaan, kita menemui selipar tiruan berjenama dianggarkan bernilai lebih RM30,000 di tiga lot premis perniagaan mengandungi tiga tingkat tersebut dijadikan stor itu.
"Berdasarkan maklumat diterima, pemilik premis dipercayai mengimport selipar berkenaan buatan China itu dari negara jiran, iaitu Thailand untuk pasaran tempatan," katanya.
Katanya, pemborong berusia 51 tahun didakwa menjual selipar tiruan terbabit pada harga murah kurang dari RM10, berbanding nilai asal antara RM17 hingga RM80.
Sehubungan itu, penguatkuasa KPDNKK mengambil keterangan pemilik premis untuk membantu siasatan, manakala selipar berkenaan akan disita mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.
Jika sabit kesalahan,denda RM10,000 bagi setiap helai atau penjara tidak lebih tiga tahun dikenakan terhadap individu, manakala bagi syarikat pula berdepan denda sehingga RM15,000 untuk setiap helai baju.
Sumber: Sinar Harian