Sistem kutipan tol elektronik kini dilaksanakan sepenuhnya di sembilan plaza tol Lebuhraya Utara Selatan kawasan Utara bermula 12 tengah hari kelmarin. - Foto BERNAMA |
ALOR SETAR - Sembilan plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mula beroperasi 100 peratus elektronik menerusi kad Touch ‘n Go, kad PLUSMiles dan SmartTAG.
Tinjauan di Plaza Tol Alor Setar Utara pada jam 9.30 pagi mendapati laluan tunai masih dibuka seperti biasa.
Namun, kenderaan dilihat beratur panjang dan sebahagian berpatah balik apabila mengetahui mengenai pelaksanaan sistem baharu itu.
Bermula 12 tengah hari, kelihatan kakitangan Plus mula menjual kad PLUSMiles di tepi jalan dan juga di laluan tunai sebelum ini.
Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan, Ainon Jariah Ahmad, 45 berkata, dia langsung tidak tahu mengenai pelaksanaan sistem pembayaran elektronik itu.
“Saya pun tak tahu dikuatkuasakan hari ini, nasib baik saya tumpang kawan. Bagi pemandu yang guna lebuh raya setiap hari mungkin memudahkan mereka,” katanya, kelmarin.
Menurutnya, sepatutnya Plus mengekalkan satu lorong tunai untuk kemudahan pengguna yang tidak kerap menggunakan laluan lebuh raya.
Ronaidi Johari, 25, berkata, dia tidak mengetahui sistem berkenaan dilaksanakan kelmarin, dan pelaksanaan berkenaan ada baik dan buruknya.
“Sistem bayaran elektronik memang mempercepatkan urusan terutama pada waktu kemuncak, namun yang membimbangkan pengguna apabila berlaku masalah teknikal.
“Sebaiknya, kekalkan juga lorong bayaran tunai untuk kegunaan golongan warga emas yang sedia maklum kurang arif berkaitan teknologi,” katanya.
Bagi Nur Fikhrie Mohd Suid, 26, berkata, dia mengetahui mengenai pelaksanaan sistem itu melalui hebahan di televisyen.
“Tetapi saya tidak pasti bila dilaksanakan, kerana selepas itu saya tidak mendapat hebahan dari saluran lain.
“Bagaimana pun, saya menyokong pelaksanaan ini kerana pemandu tidak lagi perlu beratur panjang untuk menunggu wang baki.
“Ia juga tidak menyusahkan kerana tambah nilai turut boleh dilakukan di lorong yang disediakan,” katanya yang kerap menggunakan lebuh raya untuk mengelakkan kesibukan trafik.
Sistem kutipan tol elektronik dilaksanakan sepenuhnya di sembilan plaza tol Lebuhraya Utara Selatan kawasan Utara melibatkan Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua bermula 12 tengah semalam.
Semua transaksi tol tersebut dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad Touch ‘n Go, PLUSMiles atau SmartTAG.
Sumber: Sinar Harian