KUALA LUMPUR – Seorang penjaga kaunter sebuah pusat kesihatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita warga Vietnam untuk eksploitasi seks.
Lee Cheng Wah, 47, dituduh memperdagangkan wanita berusia 32 tahun itu di Pusat Kesihatan Yadu, Nombor 2, Jalan Langkawi, Setapak, di sini pada 8 malam, 12 November lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan setiap 30 haribulan bermula bulan ini.
Sebutan semula kes ditetapkan 4 Januari.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam, manakala tertuduh diwakili peguam Luqman Hakim Azhar. – BERNAMA