ALOR SETAR - Lembaga Zakat Kedah menyasarkan jumlah kutipan pelbagai jenis zakat pada tahun ini meningkat sebanyak RM6 juta atau bersamaan RM140 juta berbanding pada tahun lalu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ridzuan Ahmad berkata, peningkatan itu dijangka dapat dicapai hasil kesedaran pelbagai pihak untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
“Jumlah kutipan semua jenis zakat di Kedah setakat ini adalah sebanyak RM120 juta. Insya-ALLAH kita menjangkakan sehingga akhir tahun ini dapat kutip sekitar RM140 juta.
“Berbanding pada tahun lepas kita hanya dapat kutip sebanyak RM134 juta. Paling banyak diterima adalah zakat pendapatan iaitu 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan zakat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima bayaran zakat perniagaan daripada RHB Islamic Bank Berhad berjumlah RM200,000 yang disaksikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Wisma Darul Aman, semalam.
Menurutnya, terdapat lebih 30,000 asnaf di Kedah akan menerima agihan hasil pembayaran zakat berkenaan seperti bantuan makanan, elaun bulanan dan bantuan perniagaan.
“Alhamdulillah, pihak RHB tampil membayar zakat perniagaan 2015 kepada Lembaga Zakat Kedah. Insya-ALLAH kita akan agihkan kepada lapan kategori asnaf yang layak di seluruh Kedah.
“Mewakili semua asnaf di Kedah, kami mendoakan supaya RHB terus maju pada masa akan datang. Semoga dengan itu lebih banyak zakat akan disampaikan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RHB, Datuk Adissadikin Ali berkata, pihaknya membuat pengagihan bayaran zakat perniagaan sebanyak RM3 juta kepada semua negeri.
“Daripada jumlah itu, ada negeri yang dapat RM150,000 dan ada yang dapat RM200,000, bergantung kepada saiz negeri berkenaan. Misalnya di Kedah, kita dapat sempurnakan penyerahan zakat perniagaan untuk tahun 2015 sebanyak RM200,000.
“Insya-ALLAH kita harap dapat beri peningkatan pada setiap tahun. Kalau perniagaan kita meningkat, kita akan bagi lebih lagi pada masa akan datang,” katanya.
Jelasnya, RHB Islamic Bank Berhad juga telah membuat bayaran zakat perniagaan pada tahun lepas kepada Kedah sebanyak RM150,000 dan jumlah itu meningkat sebanyak RM50,000 pada tahun ini.
Sumber: Sinar Harian