SELEPAS menjayakan misi kemanusian membantu pelarian Syria, pasangan selebriti terkenal Noh Hujan dan Mizz Nina akan ke Palestin pula bagi menyertai misi kemanusian yang diberi nama Winter in Al-Aqsa.
Pasangan ini akan mengikuti pergerakan Islam, Into Taqwa bermula 9 hingga 16 Januari depan.
Menurut Mizz Nina, misi ini diadakan untuk mengumpul dana untuk membantu rakyat negara bergolak itu.
“Alhamdulillah, pemergian kali ini akan menjadi kembara pertama saya bersama suami melawat Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya bersama Into Taqwa Malaysia.
“Niat dan tujuan utama saya menyertai serta menyokong misi pergerakan ini adalah untuk meraih sokongan selain mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa,” katanya, memetik laporan BH Online.
Gerakan ini dikatakan mensasarkan sejumlah RM50,000 untuk menyerahkan kepada golongan yang memerlukan di sana.
Pada masa yang sama, Mizz Nina akui dia teruja untuk melihat Masjid Al-Aqsa.
“Saya teruja untuk belajar sejarah Islam dan melihat realiti sebenar kehidupan mereka. Begitu juga keinginan untuk bertemu ketua Imam Masjid Al-Aqsa.
“Saya turut berharap misi ini akan mendapat sokongan berterusan, termasuk pemberian sumbangan selain menitip doa supaya perjalanan kami akan berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang misi ini dan ingin menghulurkan sumbangan boleh rujuk di Instagram @intotaqwa_malaysia. -Kedahnews.com