Kompleks Maahad Tahfiz Intan sedang dalam pembinaan dan memerlukan tambahan dana untuk siap sepenuhnya. |
SUNGAI PETANI - Maahad Tahfiz Intan memerlukan dana sebanyak RM250,000 bagi menyiapkan kompleks baharu di Kampung Teluk, Sungai Jagung yang sedang dalam pembinaan.
Mudir, Mohd Idrus Ahmad berkata, pembinaan itu merangkumi sebuah bangunan mempunyai ruang asrama yang mampu menempatkan 30 pelajar, bilik warden, ruang pengajian, rumah mudir dan rumah guru.
Menurutnya, dalam fasa pertama, pihaknya harap kemudahan di kompleks itu dapat disiapkan bagi menempatkan pelajar baharu bagi sesi pembelajaran 2017.
“Sejak tiga tahun lalu, kita sudah menjalankan kelas pengajian di bangunan sedia ada dalam kawasan Masjid Taman Intan, yang menempatkan kira-kira 40 pelajar.
“Bagaimanapun, ruang sedia ada cukup terhad termasuk asrama, kelas pengajian, dapur dan ruang makan. Tidak mampu menampung sekiranya berlaku pertambahan pelajar,” katanya.
Tambah Mohd Idrus, idea mewujudkan cawangan baharu di kompleks itu yang terletak kira-kira dua kilometer dari Masjid Taman Intan, berdasarkan hasil sumbangan empat individu pewakaf tanah.
“Alhamdulillah, kita terima hasrat pewakaf untuk menjadikan tanah ini sebagai tempat untuk membina Kompleks Maahad Tahfiz Intan cawangan kedua.
“Dengan bantuan dana orang ramai, kita sudah siapkan bahagian lantai dan bumbung. Kekemasan, tingkap, pintu, peralatan elektrik serta beberapa kemudahan lain masih belum dapat disiapkan,” katanya.
Justeru, beliau merayu agar orang ramai terus menyumbang bagi mengumpul dana untuk menyiapkan kerja pembinaan memandangkan permintaan tinggi terhadap kemasukan pelajar baharu tahun hadapan.
Sumber: Sinar Harian