KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang dahulunya seorang negarawan terbilang, telah menderhaka kepada UMNO, bangsa dan negara.
Dalam nada kecewa, Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, bekas Presiden UMNO itu sudah berpaling tadah terhadap parti keramat yang diterajuinya selama puluhan tahun.
“Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau (Mahathir) yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan DAP, perhimpunan haram Bersih, PAN dan PKR,” kata Najib.
Bahkan lebih teruk lagi, bekas pemimpin negara itu turut bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti George Soros, yang pernah dibenci dan digelar sebagai penyangak mata wang, jelas Najib, yang juga Menteri Kewangan.
Dalam ucapan yang membidas bekas pemimpin parti yang belot, Presiden UMNO itu secara tidak langsung mengingatkan perwakilan kepada sajak ‘Melayu Mudah Lupa’ yang pernah disampaikan Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO 2001.
“Lalu, saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya Melayu Yang Mudah Lupa itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu UMNO yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi dan tidak mengkhianati parti!,” tegas Najib.
Hakikatnya, inilah satu bentuk kemuncak penderhakaan pada UMNO, bangsa dan tanah airnya, tegas Presiden UMNO itu di hadapan 2,729 perwakilan ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Mengimbas kisah perjuangan bersama Mahathir, Najib yang memegang jawatan Ketua Pemuda pada 1987, telah menyatakan taat setia beliau di belakang bekas pemimpin UMNO itu ketika episod pertembungan antara Team A dan Team B semasa pemilihan Presiden UMNO pada 1987.
“Hinggakan Tengku Razaleigh (Hamzah) ketika itu berkecil hati dengan saya, atas keputusan saya dan pasukan yang berpihak kepada Mahathir,” jelas Perdana Menteri.
Selain itu, beliau turut berdiri teguh menyokong dan membantu Mahathir selaku Presiden ketika episod hitam pada 4 Februari 1988 yang menyaksikan UMNO diisytihar sebagai pertubuhan haram.
“Episod selanjutnya, ketika negara berdepan dengan krisis kegawatan kewangan Asia pada sekitar 1997-1998, sekali lagi, parti dan siapakah yang tetap setia menyokong apa pun jua keputusan Presiden UMNO? Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan, kita inilah orang UMNO yang setia.
“Namun, sayang sejuta kali sayang, saya secara peribadi berasa amat kecewa, dan pastinya saudara dan saudari juga berkongsi rasa kehampaan yang sama, atas apa yang sedang terjadi sekarang,” kata Najib.
Presiden UMNO itu menjelaskan beliau menggunakan perhimpunan itu bukan untuk menghentam bekas pemimpin parti sebaliknya lebih kepada menegur perbuatan kebanyakan mereka yang merupakan bekas pemimpin, menteri bahkan negarawan.
Walaupun ramai yang memintanya supaya lebih bernada keras bagi menjawab segala tohmahan dan cemuhan Dr Mahathir dan konco-konconya, Najib menegaskan mahu terus berpegang pada kata-kata Rasulullah SAW kepada isteri baginda iaitu “agar berlembutlah dalam kata-kata, walaupun terhadap lawanmu.”
Dalam nada sebak, Najib berkata beliau sedar ada segelintir pihak turut menghina serta mengeji anak isteri serta keluarganya dan lebih menyedihkan lagi, mereka juga mencela parti UMNO dan kerajaan keseluruhannya.
“Oleh itu pada hemah dan pendirian saya, kita tidak perlu membuang masa, apatah lagi menghabiskan tenaga melayan atau melawan segelintir pengkhianat bangsa dan negara yang tidak bertanggungjawab ini,” kata beliau. – BERNAMA