KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa UMNO tidak `menyerang’ PAS dalam perhimpunan agung parti itu kali ini sebaliknya `menyerang’ Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau yang seolah-olah terkilan dan tidak berpuashati dengan perkembangan tersebut menyifatkan perkara itu menunjukkan bahawa PAS dan UMNO tidak lagi bermusuhan sebaliknya musuh UMNO kini adalah Mahathir dan Pakatan Harapan.
“Persidangan Agung UMNO kali ini mencipta sejarah baru apabila buat julung kalinya PAS terlepas dari serangan UMNO, sebaliknya PAS buat pertama kali menerima pujian dari Presiden Parti UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Mahfuz yang merupakan pemimpin PAS tetapi pro-Pakatan Harapan turut mendakwa Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan politik pembangkang yang mampu mengambil alih Malaysia pada pilihan raya umum akan datang dengan bantuan Mahathir.
Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengenepikan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dibimbangi boleh menjejaskan sokongan bukan Islam.
Gabungan parti pembangkang yang diketuai DAP itu kemudian disertai Parti Amanah Negara (PAN) kononnya bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang.
Pakatan Harapan seterusnya menerima tawaran kerjasama oleh Mahathir yang menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk melunaskan dendamnya dengan UMNO.
Mahathir dikatakan berdendam dengan UMNO kerana usahanya mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada tahun lalu gagal. -Kedahnews.com