PETALING JAYA - Sebahagian daripada lebih 2,000 jemaah umrah yang terkandas di Kuala Lumpur dan Madinah sejak Ahad lalu akhirnya diterbangkan menggunakan pesawat yang disewa khas Malaysia Airlines (MAS) pada Rabu.
Penerbangan dari Madinah ke Kuala Lumpur berlepas pada kira-kira pukul 7 pagi Rabu waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia).
Satu lagi penerbangan yang membawa 483 jemaah di bawah pengurusan agensi pengembaraan Rayhar Travels dan Andalusia Travel and Tours yang terkandas sejak Isnin pula berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Madinah pada pukul 3.30 petang Rabu.
Difahamkan, lebih 700 jemaah yang menaiki dua penerbangan ini.
Pengarah Urusan Rayhar Travels, Harun Ahmmu berkata, penerbangan yang membawa jemaahnya dan Andalusia yang sepatutnya berlepas pada pukul 8 pagi Rabu, tetapi dijadualkan semula pukul 12 tengah hari.
"Jemaah telah mendaftar masuk sebelum tengah hari dan akhirnya mereka berlepas pada pukul 3.30 petang, Alhamdulillah," katanya ketika dihubungi sambil menambah pesawat dijangka tiba di Madinah pada kira-kira pukul 7.30 petang waktu tempatan.
Bercakap kepada media pada petang Rabu, wakil MAS mengesahkan mengenai dua penerbangan yang membawa jemaah terkandas dari KLIA ke Madinah dan sebaliknya.
Mengakui kelewatan yang berlaku membabitkan penerbangan dari KLIA pada Rabu, wakil MAS berkata, ia disebabkan masalah teknikal, sambil menambah syarikat penerbangan itu telah menetapkan jadual penerbangan baharu.
Difahamkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dan Madinah akan diteruskan sehingga Khamis bagi membawa baki jemaah yang terkandas.
Sebelum ini, dilaporkan lebih 2,000 jemaah umrah rakyat Malaysia terkandas di Kuala Lumpur dan Madinah sejak Ahad.
Terdahulu, MAS dalam satu kenyataan pada petang Selasa memberitahu, penerbangan sewa khas antara Kuala Lumpur dan Madinah mengalami kelewatan disebabkan sebuah pesawat perlu menjalani penyelenggaraan tidak berjadual untuk pembaikan segera disebabkan isu teknikal.
Sementara itu, Shaiful Fadzli Ismail, 41, yang merupakan ahli keluarga kepada enam ahli rombongan yang terkandas di Madinah memberitahu pesawat dijangka tiba di KLIA pada pukul 9 malam Rabu.
"Alhamdulillah, enam ahli keluarga saya termasuk isteri dan ibu mertua kini dalam penerbangan pulang ke tanah air. Saya doakan kesemua mereka pulang dengan selamat," katanya.
Bagaimanapun Shaiful kesal dengan tindakan MAS yang tidak menjelaskan lebih awal punca sebenar kelewatan, termasuk menyediakan pelan luar jangka dengan segera.
Dia mendakwa rombongan jemaah yang membawa ahli keluarganya terkandas sebanyak dua kali pada Ahad dan Isnin lalu, sekaligus membebankan mereka terutama warga emas.
"MAS termasuk pihak berkuasa sepatutnya melihat perkara ini secara serius dengan melakukan penambahbaikan agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang," katanya.
Sumber: mStar