Model Vogue Diserang Kerana Disangka "Spy M15"


AKIBAT curiga, seorang lelaki telah menyerang kekasihnya yang juga model Vogue kerana menyangka wanita berkenaan adalah perisik MI5, yang cuba mendekatinya bagi mendapatkan maklumat.

Nathan Gray, 27, menuduh Elaine Ford sebagai perisik dan cuba mendapatkan maklumat mengenai tempat kerja bapanya iaitu dengan Airbus. Elaine juga menafikan dia terlibat dengan mana-mana agensi keselamatan.

Namun ia dinafikan oleh Elaine,28, yang mendakwa lelaki itu bertindak ganas selepas seorang rakan lelakinya telah menghantar mesej dan gambar alat sulitnya kepada Elaine.

Elaine juga mendakwa Nathan seorang yang kuat cemburu dan tidak membenarkan dia menghubungi rakan-rakannya.

Serangan itu berlaku pada bulan November 2013 dan kini Nathan sedang melalui proses perbicaraan di mahkamah.

Nathan bagaimanapun menafikan tuduhan dia cuba menculik Elaine dan menyerang model berkenaan di flat mereka di Edinburgh.

Elaine sebelum ini mendakwa dia ditahan di dalam bilik dan diseret keluar. Dia juga menuduh Nathan mencuri barang-barang kepunyaannya termasuk komputer, beg tangan dan kunci rumah.

Perbicaraan itu bersambung. –Kedahnews.com