ALOR SETAR – Peserta Jelajah Solo Merdeka, Hishamuddin Md Rashid, 45, membuktikan motosikal klasik Honda S90 keluaran 1974 miliknya masih mampu digunakan untuk menjelajah secara solo di 12 buah negeri di Semenanjung Malaysia sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Kakitangan Jabatan Kerja Raya, Taiping, Perak itu berkata sepanjang 12 hari menjelajah, motosikal yang dahulunya tidak ubah seperti besi buruk dan dibelinya pada harga RM200 itu tahan lasak dan langsung tidak mengalami kerosakan teruk.
“Saya membelanjakan RM16,000 memperbaiki segala kerosakan dan mengubah suai motosikal ini dan syukurlah kerana sepanjang menjelajah, hanya rantai yang perlu ditukar akibat cuaca panas,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Anak jati Taiping itu memulakan penjelajahan pada 15 Dis lalu di Ipoh, Perak sebelum ke Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan tiba di Kedah, kelmarin sebelum meneruskan perjalanan ke Perlis semalam.
Menurut Hishamuddin, sehingga kini ada yang menawarkan harga sehingga RM30,000 untuk motosikalnya, namun beliau bertegas tidak akan menjualnya kerana amat menyayangi motosikalnya itu.
“Motosikal klasik yang berusia 42 tahun ini juga telah lebih 40 kali memenangi pertunjukan motosikal klasik sejak tahun 2000 hingga 2016,” katanya.
Hishamuddin akan menamatkan penjelajahannya pada 31 Dis ini di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh bersamaan dengan hari pelancaran Tahun Melawat Perak 2017. – BERNAMA