Gambar Hiasan |
KULIM - Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) memperuntukkan sehingga RM500,000 bagi menaik taraf sistem perparitan di kawasan berisiko banjir sekitar daerah berkenaan.
Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPKK, Ir Muhamad Tarmymy Che Ani berkata, tindakan lebih efisien perlu diambil dalam mengatasi masalah banjir yang semakin kerap berlaku terutama di Kilang Lama dan Padang Tembak di Kota Kenari.
"Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan berisiko tersebut akan dilakukan segera pada tahun hadapan," katanya ketika ditemui Bernama di sini, kelmarin.
Muhamad Tarmymy berkata dengan mengguna pakai sistem Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), semua sistem perparitan terutama di kawasan perumahan lama akan dipantau dan dinaik taraf sekiranya perlu.
Katanya antara faktor banjir semakin kerap berlaku adalah disebabkan parit di kawasan perumahan yang berusia lebih 15 tahun sangat kecil serta cetek.
"Apabila hujan lebat, parit di kawasan perumahan lama tidak dapat menampung jumlah air hujan dan seterusnya menyebabkan banjir," katanya.
Dalam pada itu, Muhamad Tarmymy menyelar sikap tidak bertanggungjawab penjaja dan peniaga yang gagal menjaga kebersihan sehingga menyebabkan longkang tersumbat.
"Sikap ambil mudah penjaja, tidak kira penjaja pasar tani atau pasar malam yang terbiasa membuang sampah ke dalam longkang memburukkan lagi keadaan apabila tiba musim hujan.
"Menerusi pemerhatian dilakukan, kawasan-kawasan berisiko banjir yang kami rekodkan memang berkait rapat dengan masalah parit tersumbat akibat sampah dibuang peniaga," katanya. - Bernama