KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) kecewa dengan cubaan berterusan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mempolitikkan Projek MRT Lembah Klang bagi menghasut orang ramai membenci kerajaan.
MRT Corp dalam satu kenyataan media berkata, walaupun terdapat banyak fakta manfaat daripada Projek MRT untuk rakyat, Rafizi terus menuduh kononnya Projek MRT Lembah Klang sebagai projek yang tidak baik.
“Bagaimanapun, beliau (Rafizi) tidak memberi apa-apa penjelasan berkaitan mengapa sistem pengangkutan awam yang telah diperbaik adalah tidak baik untuk orang ramai.
“Dalam tempoh satu minggu sejak perkhidmatan Fasa Pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) beroperasi, kira-kira 210,000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini menunjukkan perkhidmatan ini telah disambut dengan penuh rasa semangat dan keterujaan orang ramai,” tegas kenyataan itu semalam.
MRT Corp berkata, salah satu perkara yang cuba dipolitikkan Rafizi adalah bajet asal Projek MRT Lembah Klang bernilai RM40 bilion sedangkan nilai itu sebenarnya nilai cadangan yang dikonsepkan pada tahun 2010.
Jelas MRT Corp, nilai itu tidak lagi relevan untuk digunakan sebagai perbandingan dengan nilai semasa projek kerana nilai asal itu berdasarkan nilai harga pada tahun 2009 dan tidak termasuk kos tren elektrik, sistem berkaitan serta pengambilan tanah.
MRT Corp turut menjelaskan, kerajaan telah mengkaji semula dan menjalankan kajian ke atas cadangan yang diusulkan pada tahun 2010 menyebabkan model bagi Projek MRT Lembah Klang berubah dengan ketara.
Kata MRT Corp, dakyah Rafizi kononnya Projek MRT Lembah Klang sebuah projek yang diswastakan juga tidak benar kerana ia adalah projek yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh kerajaan menerusi MRT Corp.
Penjelasan MRT Corp seterusnya berhubung pelbagai dakyah Rafizi adalah seperti berikut:
Pada akhir tahun 2010, kerajaan telah meluluskan pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, laluan pertama bagi Projek MRT Lembah Klang.
Laluan SBK adalah laluan pertama dijalankan di mana jajaran yang dicadangkan telah menjalani banyak kajian dibuat oleh pihak-pihak lain sebelum penyerahan cadangan konsortium.
Semasa Laluan SBK dan proses perolehan diluluskan, MRT Corp telah mengumumkan pada Disember 2012 bahawa bajet bagi kos pembinaan Laluan SBK adalah RM23 bilion.
Begitu juga, MRT Corp mencapai anggaran kos pembinaan bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) sebanyak RM32 bilion berdasarkan tender-tender yang telah dianugerahkan bagi pembinaan laluan.
Kesemua tender bagi kedua-dua laluan, Laluan SBK dan Laluan SSP telah dianugerahkan menerusi sistem tender terbuka.
Bagi cadangan MRT Laluan 3, juga dikenali sebagai Laluan Lingkaran, MRT Corp sering menyatakan kajian kebolehlaksanaan bagi laluan itu sedang dijalankan. Keputusan dijangka akan diumumkan pada suku pertama Tahun 2017.
Oleh itu, adalah mustahil bagi MRT Corp untuk memberi kos anggaran bagi MRT Laluan 3. Sebarang nilai yang telah dilaporkan bagi MRT Laluan 3 adalah spekulasi semata-mata dan muncul dari sumber-sumber luar dan bukan dari MRT Corp.
Oleh yang demikian, sebarang dakwaan bahawa nilai kos MRT Laluan 3 yang telah diumumkan oleh MRT Corp adalah salah sama sekali.
Kami berasa kecewa dengan YB Rafizi yang cuba mempolitikkan projek yang jelas memberi manfaat kepada orang ramai.
Bagaimanapun, MRT Corp akan terus memberi tumpuan bagi memastikan Laluan SBK beroperasi dengan lancar dan Fasa Kedua projek siap tepat pada waktunya.
MRT Corp juga akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan pembinaan Laluan SSP diserahkan tepat pada waktunya dan dibina dalam kos yang telah ditetapkan. –Kedahnews.com