Nahas Pesawat TUDM Terhempas Di Butterworth: Juruterbang Maut, 3 Parah


BUTTERWORTH – Sebuah pesawat ringan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan Pangkalan TUDM Butterworth, Pulau Pinang petang Rabu.

Kejadian kira-kira pukul 5.18 petang itu turut mengakibatkan seorang juruterbang maut sementara tiga lagi dikhuatiri parah.

Berdasarkan maklumat awal, pesawat yang berlepas dari Pengkalan TUDM Subang  yang membawa tiga kru udara terbabas ketika cuba mendapat di Pengkalan TUDM Butterworth.


Pesawat yang digunakan untuk rondaan maritim itu dilaporkan terbakar selepas terhempas.

Kebakaran pada pesawat dipadamkan pihak TUDM dan mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan, namun keadaan mangsa masih belum dapat ketahui setakat ini.

Sementara itu, TUDM dalam kenyataannya mengesahkan kejadian membabitkan pesawat Beechcraft B200T yang membawa empat anak kapal terhempas di Terminal Peluru, Pengkalan TUDM Butterworth.


Menurutnya, seorang anak kapal meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dan mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya.

“Keluarga anak kapal yang terlibat dalam kemalangan ini sedang dimaklumi oleh pihak TUDM,” katanya.


Jelasnya, TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – Kedahnews.com