Penyanyi Najwa Latif berazam untuk menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana dalam bidang Bahasa Inggeris di luar negara tahun hadapan.
Najwa, 21, berkata, dia sudah pun membuat beberapa kajian tentang universiti yang menawarkan kursus berkenaan dan memilih United Kingdom bagi tujuan itu.
"Azam saya untuk tahun 2017, saya ingin menyambung pelajaran di luar negara selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda saya tamat tidak lama lagi.
"Saya ada membuat kajian tentang universiti mana yang bagus dan berminat untuk mengambil kursus itu di United Kingdom.
"Bagaimanapun belum ada kata putus lagi dan ada kemungkinan juga saya sambung Sarjana di Malaysia sahaja," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Najwa kini berada di semester akhir dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Antarabangsa UNITAR di sini.
Dalam pada itu, Najwa berkata, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian sekiranya menyambung pelajarannya ke luar negara kelak.
Sebaliknya kata Najwa, dia akan memanfaatkan kuasa teknologi pada hari ini dan tetap menghasilkan single terbaharu untuk peminat.
"Pada saya tiada masalah kerana saya tetap akan pulang ketika bercuti untuk merakamkan lagu baharu selain terknologi hari ini memudahkan walaupun saya tidak berada di Malaysia.
"Barangkali masa untuk membuat promosi dan persembahan agak terhad tetapi saya akan terus menyanyi dan membuat lagu selagi diterima peminat," jelasnya.
Bercakap perkembangan terbaharunya, Najwa berkata, dia baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir dan akan memulakan latihan amali tidak lama lagi.
Dalam perkembangan lain, Najwa berkata, dia terharu apabila single terbaharunya, Biar mendapat sambutan mengalakkan apabila muzik videonya mencecah tontontan lebih 800,000 sejak dilancarkan dua bulan lalu.
Kata Najwa, dia tidak menyangka sambutan menggalakkan itu kerana menyasarkan sebanyak 500,000 tontonan sahaja di YouTube.
"Alhamdulillah respons peminat sangat positif untuk lagu Biar dan saya sendiri tidak sangka ia dapat tontonan 800,000 di Youtube kerana saya hanya sasar setengah juta sahaja untuk single ke-12 ini.
"Ia menaikkan lagi semangat saya untuk terus berkarya selepas ini dan Insya-Allah album baharu akan menyusul," ujarnya.
Tambah Najwa, album berkenaan dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan tahun hadapan dan akan menampilkan 11 buah lagu.
Najwa memberitahu, album itu nanti akan memperlihatkan dia bersama kakaknya Ika Latif berkolaborasi menerusi lapan buah lagu.
"Saya juga bekerjasama dengan Alyph (Sleeq) dan ada sebuah lagu yang tidak boleh saya dedahkan butirannya kerana ia kejutan untuk peminat," katanya.

Sumber: mStar