Pelakon Neelofa tidak akan kembali berlakon menerusi drama bersiri buat masa ini walaupun menerima pelbagai tawaran selepas Suri Hati Mr. Pilot menjadi fenomena.
Neelofa atau Noor Neelofa Md Noor, 27, berkata, dia memerlukan masa untuk 'move on' daripada watak Warda kerana ia masih meninggalkan kesan terhadapnya dan peminat.
"Alhamdulillah Suri Hati Mr. Pilot sangat diminati ramai dan tawaran berlakon memang banyak buat masa ini.
"Bagaimanapun saya mengambil keputusan untuk berehat seketika kerana penangan Warda itu masih terasa lagi terutamanya dikalangan peminat.
"Jika saya muncul dalam drama terbaharu dalam masa terdekat bimbang saya akan terbawa-bawa karakter Warda itu," katanya kepada mStar Online.
Neelofa ditemui pada Anugerah Melodi 2016 yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada Sabtu lalu.
Pada acara itu, Neelofa diumumkan sebagai pemenang kategori Personaliti Pengacaraan Melodi.
Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia hanya bakal kembali ke set penggambaran sebuah drama bersiri sekitar April tahun hadapan.
Katanya, dia tertarik dengan tawaran tersebut kerana peranan yang bakal dilakonkannya sangat berbeza daripada Warda.
"Jika saya bawa watak yang sama nanti penonton bosan pula dan Insya-Allah saya akan kembali ke set penggambaran drama terbaharu pada April tahun hadapan.
"Karakternya mempunyai persamaan dengan personaliti saya yang membuatkan saya bersetuju," jelasnya.
Sementara itu, Neelofa tidak menafikan dia ada menerima banyak tawaran untuk bergandingan dengan Fattah Amin selepas Suri Hati Mr. Pilot namun kekangan masa membuatkan dia terpaksa menolak.
Bagaimanapun katanya, dia sentiasa terbuka untuk kembali bekerjasama dengan pelakon itu pada masa hadapan.
Bercakap mengenai kemenangannya pada Anugerah Melodi 2016, Neelofa tidak menafikan peminat mengundinya disebabkan populariti Suri Hati Mr. Pilot.
Pun begitu, pelakon dan usahawan berjaya itu tetap menghargai undian peminat selain melihat ia sebagai pemangkin semangat untuk memberikan terbaik pada masa hadapan.
"Insya-Allah saya juga dalam perancangan untuk tampil dengan program bual bicara sendiri namun ia masih lagi dalam peringkat perbincangan.
"Kemenangan ini menaikkan lagi semangat saya untuk lebih berusaha memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.
Sumber: mStar