SHAH ALAM - Nahas bas ekspres yang mengorbankan 14 orang di Lebuh Raya Utara Selatan, pagi tadi telah mendapat reaksi banyak pihak termasuk warga netizen.
Rata-rata netizen memberikan idea kepada pihak yang bertanggungjawab cara mengatasi dan mengurangkan kes kemalangan melibatkan bas ekspres.
Menurut seorang pengguna Facebook, Mahathir Mohamed Salleh mengharapkan syarikat bas mengambil pemandu yang berhemah.
“Diharapkan agar pihak berwajib selaras menggunakan pemandu berdisiplin dan beretika serta penggunaan kotak hitam diwajibkan untuk setiap bas di seluruh Malaysia,” tulisnya.
Sementara itu, Mat Saad pula berikan pandangan agar polis peronda dan pemandu perlu mainkan peranan dalam hal ini.
“Pada pandangan saya, dua-dua main peranan penting, contohnya pemandu kenalah sentiasa dalam keadaan fit untuk memandu dan ikuti peraturan jalan raya.
“Sementara itu, polis peronda lebuh raya dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga harus bertanggungjawab sama, jangan asyik tahan kenderaan lain sahaja, bas juga bawa ramai nyawa didalamnya” tulisnya lagi.
Bagi Raja Shahruddin pula, beliau merasakan perlu ada sistem yang lebih berkesan untuk menghalang agar bas membawa lebih daripada had limit yang dibenarkan.
“Jika boleh, enjin bas itu hendaklah dihalang untuk beroperasi lebih daripada had 110km (had laju yang dibenarkan).
“Ada kalanya saya lihat pemandu berlumba-lumba bawa bas dengan laju malah ada juga yang bercakap menggunakan telefon semasa memandu,” tulisnya.
Namun begitu, bagi pengguna Facebook, Boon Chuan pula, beliau meminta pihak terlibat mengkaji mengapa kemalangan bas ini kerap berlaku di waktu tengah malam dan awal pagi.
“Kerap sangat kemalangan seumpama ini berlaku pada waktu tengah malam atau awal pagi, adakah kerana ketika ini tiada penguat kuasa ataupun ‘speed trap’ yang membuatkan pemandu bebas memandu dengan laju?” tulisnya lagi.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 3.30 pagi itu, 14 orang maut manakala 16 lagi cedera apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter di Km137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh.

Sumber: Sinar Harian