Pak Guard Muat Naik Status Dakwa Diupah Bunuh Najib


PADAH memuat naik status berunsur ugutan jenayah, seorang pengawal keselamatan menjadi viral di media sosial dan mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Menerusi akaun Facebook Faiz Ziedainie, lelaki ini memuat naik status dengan kapsyen, “Saya ke sini kerana diupah untuk membunuh Najib. Sekadar mengeruhkan keadaan. Huhu,” tulisnya bersama sekeping gambar dirinya berlatar belakang Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Status tersebut dimuat naik olehnya semalam dan menjadi viral sekali gus mendapat perhatian dan dikongsikan Friends of PDRM di laman sosialnya.

Perbuatan lelaki tersebut jelas menunjukkan satu ugutan jenayah dan boleh dikenakan tindakan.

Walaupun hanya menulis nama Najib namun dengan latar belakang gambar yang dimuat naik jelas menunjukkan individu yang dinyatakan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Faiz menerusi akaun Facebooknya hari ini memohon maaf dengan tindakan ‘bodohnya’ itu.

“Saya memohon maaf atas kesilapan post gambar ugutan saya. Terima kasih,” tulisnya.


Namun, netizen menganggap tindakannya itu sudah terlambat dan perlu dikenakan tindakan sewajarnya kerana melakukan ugutan jenayah terhadap perdana menteri.

“Kalau bab bunuh-bunuh ni bukan kira melawak bro. Walaupun bergurau ada batas gak,” tulis Mohd Najib Harun.

“Dah terLambat nak minta maaf. Pihak PDRM akan buat siasatan. Di FB memanglah kite bebas nak buat ape tp kena faham la, tu dia kire ugutan memang terang-terang dah salah. Tunggu masa je La. Kadang-kadang nak bagi rating naik bukan dengan cara kurang akal macam ini,” tulis Feezee Akhir.

Menerusi ruangan komen, ada netizen yang telah membuat laporan polis berhubung hal tersebut bagi memastikan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap Faiz. – Kedahnews.com