PAN Jamin Tidak Akan Ambil Kerusi Milik PKR


PUTRAJAYA - Timbalan Presiden PAN menegaskan bahawa parti itu tidak akan bertanding mana-mana kerusi PKR.

Menurut Salahuddin Ayub, PKR merupakan rakan mereka dalam Pakatan Harapan dan perkara itu tidak mungkin berlaku.

"Makanya saya jamin bahawa PAN tidak akan bertanding dalam mana-mana kerusi PKR kerana parti itu adalah rakan kami," katanya.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad dipetik sebagai berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan PAS pada PRU depan.

Tambahnya lagi, dalam perbincangan mereka sebelum ini kemungkinan besar akan ada pertukaran kerusi.

"Dari apa yang dibincangkan mungkin PAN boleh ambil kerusi baru atau buat pertukaran kerusi dengan PKR.

"Namun, sudah menjadi prinsip parti ini untuk tidak mengambil kerusi rakan kita dalam mana-mana pertandingan," katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian