ALOR SETAR - PAS menegaskan bahawa parti itu tidak pernah menjalin sebarang hubungan atau kerjasama politik dengan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, meskipun PPBM pernah bertemu dengan PAS sebelum ini, parti itu hanya meluahkan hasratnya untuk bekerjasama dengan PAS sahaja.
"Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan PPBM.
"Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama PAS," kata beliau, memetik laporan dari Sinar Harian baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin menegaskan bahawa PAS telah memberi kata dua sebagai syarat kepada PPBM sama ada parti itu memilih untuk menjalin kerjasama dengan PAS atau Pakatan Harapan.
"Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat.
"Jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan PAS, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan PPBM dengan PAS bersama DAP dan PAN. Itu adalah pilihan untuk mereka," tegas Setiausaha Agung PAS itu.
Kenyataan Takiyuddin itu dipercayai mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang seolah-olah mengugut PAS konon pihaknya tidak dapat memberi masa lagi pada parti Islam itu dan akan meneruskan agenda menjatuhkan Barisan Nasional (BN) meskipun tanpa PAS.
Beliau menyerahkan kepada PPBM untuk memutuskan sama ada mahu bekerjasama dengan PAS atau tidak, namun menegaskan PAS tidak akan berganjak dari keputusan asal untuk sama sekali tidak bekerjasama dengan DAP dan PAN.
"Kalau Bersatu mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada.
"Tapi jika mereka masih mahu bersama Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, itu maknanya mereka berada dalam keadaan yang kita tidak boleh terima. Bersatu sendiri perlu membuat keputusan dalam hal ini," tegas beliau. -Kedahnews.com