Wakil Puteri Umno Bahagian Kepong Hazrene Begum Mohd Husin semasa membahaskan usul ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. |
KUALA LUMPUR - Kisah 'mata' dan 'nanah' yang disampaikan Puteri Umno menarik perhatian perwakilan yang memenuhi ruang Dewan Merdeka pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, pada petang semalam.
Mengibaratkan Umno sebagai tubuh sihat yang lengkap dengan organ, Ketua Puteri Umno Bahagian Kepong, Hazrene Begum Mohd Husin merujuk presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak umpama sepasang mata.
Katanya, apabila terdapat organ pada tubuh yang sakit, secara tidak langsung air mata akan terus mengalir.
“Sepasang mata itu sentiasa terbuka dan melihat ke hadapan, lagaknya seperti mata seorang pelayar di laut luas, namun mata bukan hanya untuk melihat.
“Jika ada organ lain yang dihinggapi penyakit, air mata akan mengalir melalui sepasang mata itu,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di sini, Khamis.
Hazrene Begum yang juga penolong bendahari sayap Puteri berkata, apabila ada organ yang sakit, kemudaratannya akan menjangkiti seluruh tubuh jika ia tidak dibuang.
Katanya, ketika itu sekali lagi air mata akan mengalir untuk ‘mengubati’ atau membuang penyakit tersebut, tetapi ia terpaksa dilakukan demi menjaga tubuh badan dan organ lain yang masih sihat.
“Biarpun air mata akan bergenang tanpa henti, kadang kala kita patut ubati, begitu juga Umno kadang-kadang ada ahli yang kita sayang, yang besar peranannya dalam parti, sampai suatu masa telah melakukan tindakan yang boleh memudaratkan parti,” katanya.
Menganggap penyakit yang dibuang sebagai ‘luka bernanah’ dalam parti, beliau meminta perwakilan supaya tidak menghiraukan tentang organ yang telah dibuang itu lagi dan membiarkan orang lain mengutipnya.
“Mereka ini umpama luka bernanah pada parti, jadi lebih baik dipotong saja bahagian itu, selepas itu kalau ada orang lain yang ingin kutip bahagian yang berjangkit itu biarkanlah, yang penting tubuh kita terjaga,” katanya.
Malahan, beliau menggesa perwakilan untuk bersama-sama dengan presiden menanggung kesakitan dalam Umno.

Sumber: mStar