KUALA LUMPUR – Dalam keseriusan menyampaikan ucapan dasar presiden semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat menyelit gurindam ringkas mengenai transisi kepimpinan parti yang mencuit anggota perwakilan yang hadir.
Merujuk gurindam orang lama ‘patah tumbuh, hilang berganti’, Najib secara halus menyentuh pertukaran orang kanan beliau dalam parti, serta menuntut sokongan anggota akar umbi kepada barisan baharu kepimpinan parti, selepas kemelut yang dilalui awal tahun ini.
“Maka, kalau hilang di hujung Pagoh, syukur telah kita jumpa di Bagan Datoh,” katanya merujuk kepada Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Seterusnya, jika ada yang sudah beralih arah dan tidak ‘semporna’ lagi, maka ‘se-afdhal-afdhalnya’, yang kita mahukan seorang yang setia dan tidaklah pula bersombong-sombong. Itulah dia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dari Sembrong,” kata Najib, yang juga Perdana Menteri.
Ahmad Zahid, kini menjalankan tugas sebagai timbalan presiden UMNO menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan anggota Parlimen Pagoh yang dipecat dari parti pada Jun lepas.
Sementara anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Shapie Apdal yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, digantung keahlian sebelum mengumumkan keluar dari UMNO pada Julai.
Najib berkata, beliau terus yakin bahawa UMNO Bahagian Pagoh dan UMNO Bahagian Semporna secara keseluruhannya, akan tetap berdiri teguh mendukung pimpinan parti serta kerajaan sedia ada. – BERNAMA