Kedua-dua surat yang membatalkan jemputan untuk Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah dimuatnaik ke laman web Marina hari ini. |
PETALING JAYA - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membatalkan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk menghadiri istiadat lafaz sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 13 Disember ini.
Surat yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad itu bertarikh 5 Disember dan dialamatkan ke Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Menurut surat itu, pembatalan undangan berkenaan bagi mengelak kesipuan (embarrassment) jika Dr Mahathir dan isteri hadir kerana pihak berkenaan tidak menyediakan kerusi untuk mereka.
Salinan kedua-dua surat itu telah dimuat naik dalam laman web Marina Mahathir pada petang Rabu.
Menerusi surat itu juga, pihak berkenaan mendoakan Dr Mahathir berada dalam keadaan baik dan sihat serta memohon maaf kepada bekas perdana menteri itu.
Sehingga petang Rabu, kedua-dua surat sama turut diedarkan di media sosial dan kumpulan WhatsApp.
Bagaimanapun, kesahihan surat berkenaan tidak dapat dipastikan kerana belum mendapat maklumbalas pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Sementara itu, Marina ketika memuat naik surat kepada ibu dan bapanya bagi membatalkan jemputan untuk majlis Isnin depan itu telah meletakkan komen dalam bentuk hashtag “howlowcanugo”.
Tempoh jawatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah selaku Yang Dipertuan Agong akan berakhir 12 Disember ini.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan angkat sumpah jawatan sebagai yang Dipertuan Agong, manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun.

Sumber: mStar