Pelakon Lelaki Terselamat Hukuman Gantung Sampai Mati


PELAKON Aidil Aziz bersama dua rakan termasuk seorang warga Filipina mampu menarik nafas lega apabila terlepas dari tali gantung selepas pihak mahkamah menukar pertuduhan dari mengedar kepada memiliki dadah.

Aidil Aziz atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz; 29, bersama dua rakannya, Omar Syeed Ghulam Mohammad, 36, dan jurutera teknologi maklumat, R Guevara Cortez, 33, warga Filipina, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis (ganja) seberat 18.39 gram, lapor BH Online.

Pihak mahkamah membenarkan Aidil yang diwakili oleh peguam bela Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin diikat jamin RM4,000 serta di bawah pemerhatian selama dua tahun.


Manakala menerusi portal hiburan Media Hiburan, pengurus kepada Aidil iaitu Kam (yang juga sepupu Aidil) memberitahu ketika keputusan dibacakan suasana gembira bercampur sayu dalam kalangan ahli keluarga Aidil mendengar berita gembira itu.

“Buat masa ini, kami mahu Aidil berehat dengan keluarganya dahulu dan tenangkan fikiran,” katanya. Kedahnews.com