SEPANG – Empat pemenang pingat Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos lalu, berlepas ke Tanah Suci menunaikan umrah di bawah tajaan sepenuhnya syarikat konglomerat, DRB-Hicom Bhd.
Turut menyertai rombongan ke Makkah, Arab Saudi itu adalah 15 jemaah lain yang terdiri daripada anggota keluarga atlet, kakitangan Majlis Sukan Negara, wakil DRB-Hicom dan petugas media.
Ketua Bahagian Kumpulan Komunikasi DRB-Hicom, Mahmood Abdul Razak berkata tajaan ini merupakan perhargaan syarikat itu kepada atlet paralimpik yang mengangkat nama negara di persada sukan antarabangsa.
“Ini merupakan sumbangan pertama diberi DRB-Hicom kepada atlet paralimpik dan diharapkan akan menjadi pemangkin semangat kepada mereka dan atlet yang lain untuk terus berusaha mencapai kemenangan untuk Malaysia di masa akan datang,” katanya kepada media ketika menghantar rombongan tersebut di sini semalam.
Mohamad Puzi Mat Isa, bapa pemenang pingat emas dan pemegang rekod acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) Mohamad Ridzuan, berkata keberangkatan beliau bersama anaknya itu, isteri dan anak perempuannya ke Tanah Suci dianggap sebagai rezeki tidak dijangka.
“Ini merupakan kali pertama kami menunaikan umrah… saya menganggap ini adalah tempias tuah yang diperoleh anak saya kepada kami sekeluarga,” katanya.
Ditanya apakah hajat yang ingin dimohon ketika berada di Makkah, dengan nada sebak Mohamad Puzi berkata beliau akan mendoakan agar anaknya yang mengalami masalah percakapan dapat bertutur dengan lebih baik.
Selain Mohamad Ridzuan, pemenang pingat emas yang lain adalah Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pemenang pingat gangsa Siti Noor Radiah Ismail.
Penajaan untuk menunaikan umrah selama 12 hari itu diselenggara oleh Tradewinds Travel Services. – BERNAMA